Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto caption: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Foto: TVS

Pelancongan di Sarawak jadi potensi industri perfileman

KUCHING, 21 Dis: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengadakan kunjungan hormat kepadaPremier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Md Nasir Ibrahim berkata pertemuan sekitar satu jam di pejabat Premier Sarawak itu bertujuan bagi membincangkan kerjasama antara FINAS dan kerajaan Sarawak dalam usaha perkembangan industri perfileman di negeri ini.

“Tujuan perjumpaan ini adalah untuk membincangkan hal-hal berkaitan dengan industri perfileman di negeri Sarawak iaitu bagaimana FINAS dan kerajaan negeri Sarawak akan bekerjasama untuk membangunkan industri perfileman di Sarawak. Fokusnya adalah kepada pembangunan ekosistem kerana jika tidak dibangunkan industri perfileman di Sarawak akan ketinggalan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Sarawak sangat serius untuk membangunkan industri kreatif di Sarawak menerusi peranan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Perkara (jawatan) ini bertujuan untuk menggalakkan penerbit membuat banyak penggambaran di Sarawak kerana Sarawak kaya dengan lokasi dan budaya yang menarik,” katanya kepada TVS hari ini.

Dalam pada itu, Md Nasir memberitahu antara perkara yang turut dibincangkan bersama Premier Sarawak pada pertemuan itu adalah hasrat ingin penambahan penggunaan insentif Film in Malaysia Incentive (FIMI).

“Jadi dalam hal ini kami juga berbincang untuk menggunakan insentif FIMI iaitu Film in Malaysia Incentive sebanyak 30 peratus dan dicampur 55 peratus cukai budaya. Saya juga mencadangkan negeri Sarawak menambah sebanyak 15 peratus lagi untuk FIMI negeri sekiranya berlaku perkara ini maka insentif untuk FIMI itu menjadi rebat tunai yang akan meningkat sebanyak 50 peratus  yang menjadikan negara kita sebagai negara yang tertinggi di dunia yang memberikan insentif tunai,” jelasnya.

Menurutnya lagi kelebihan keindahan alam yang ada di Sarawak seperti budaya dan keseniannya dapat diketengahkan melalui filem yang boleh menjadikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan dan kawasan penggambaran.

“Ia akan menjana pendapatan untuk negeri Sarawak,” ujarnya sambil mencadangkan satu tabung khas diwujudkan untuk pembangunan industri perfileman di negeri Sarawak.

Jelasnya cadangan berkenaan bertujuan untuk membantu pembangunan melalui pengecualian kepada mereka yang memperoleh tajaan atau sumbangan kepada tabung tersebut.

“Di samping itu, mereka juga mempunyai ekuiti iaitu jika filem tersebut berjaya masuk ke ‘box office’ atau mencapai kejayaan, mereka juga akan mendapat manfaat daripada penajaan dan sumbangan mereka,” tegas lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan