Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Biro Kebajikan Pendidikan JHS Wan Fauzi Wan Ismail melakukan simbolik penyerahan kepada Pengetua Rumah Kanak- Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Mohamad Iskandar Mohammed Tudin hari ini. - TVS Foto: Awang Azmil

JHS santuni kanak-kanak kurang bernasib baik

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 21 Dis: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) menerusi Biro Kebajikan Pendidikan menyantuni kumpulan anak-anak yang kurang bernasib baik dari Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah.

Pengerusinya Wan Fauzi Wan Ismail berkata, usaha itu bertujuan untuk meringankan beban kanak-kanak yang memerlukan bantuan seperti barangan keperluan harian.

Pengerusi Biro Kebajikan Pendidikan JHS Wan Fauzi Wan Ismail- TVS Foto: Awang Azmil

“Pada tahun ini kita telah bercadang untuk memilih salah satu tempat membuat program kebajikan, khas kepada kanak-kanak dan kita memilih rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah sebagai permulaan untuk kami menyalurkan bantuan.

“Kami di JHS ingin membuka mata ramai pihak bahawa masih ada insan yang memerlukan bantuan dan itu peranan kita sebagai masyarakat di luar,”  ujar Wan Fauzi ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Kanak-Kanak di Rumah Toh Puan Hajah Norkiah di sini, hari ini.

Menurut Wan Fauzi, sumbangan itu juga disalurkan menerusi Kelab Rekreasi dan Sosial Jabatan Hutan Sarawak, Persatuan Kebajikan Islam dan Kumpulan Sokongan Pekerja Jabatan Hutan Sarawak.

Dalam pada itu Pengetua Rumah Kanak- Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Mohamad Iskandar Mohammed Tudin berkata, penganjuran sumbangan seperti itu dapat mendorong lebih ramai lagi pihak- pihak tertentu untuk tampil sama menghulurkan bantuan.

Pengetua Rumah Kanak- Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Mohamad Iskandar Mohammed Tudin. – TVS Foto: Awang Azmil

“Kanak-kanak yang dihantar di sini merupakan kanak-kanak yang nasib mereka tidak sebaik seperti kanak-kanak yang lain.

“Mereka ini ada yang didera fizikal dan seksual oleh orang sekeliling, kemudian ada antara mereka yang diabaikan tidak diberikan peluang untuk bersekolah memandangkan keadaan emak dan bapa mereka tidak stabil”, kata Mohamad Iskandar.

Seramai 59 kanak-kanak kurang bernasib baik di tempatkan di rumah tersebut,di mana mereka terdiri dari 40 orang kanak-kanak perempuan, 19 kanak-kanak lelaki dan sembilan orang bayi. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan