Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media selepas selesai Mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri hari ini (21 Dis). Foto: Afiq Hambali (Pejabat Perdana Menteri).

Anwar Ibrahim mampu percepat pelaksanaan MA63 – Penganalisis Politik

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 21 Dis: Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu mempercepatkan pelaksanaan tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Penganalisis Politik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata keyakinan Anwar untuk memenuhi tuntutan itu jelas apabila beliau hanya memperuntukan tempoh masa satu bulan sahaja untuk diselesaikan.

“Sebelum ini terdapat kegusaran atau kebimbangan bahawa proses memberikan hak perkara-perkara MA63 sangat perlahan.

“Namun apabila beliau (Anwar Ibrahim) menjadi Perdana Mentri, beliau mahu perkara itu disegerakan dan sudah pasti sentimen bahawa MA63 lambat untuk dilaksanakan tidak lagi berlaku”, katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pengumuman Perdana Menteri berhubung beberapa kemajuan perkara MA63 yang lebih baik akan diumumkan awal Januari depan, Awang Azman memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah mengenalpasti perkara yang telah dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim dengan sebaik mungkin.

Bagaimanapun jelas Awang Azman, meskipun begitu, terdapat beberapa perkara melibatkan perundangan dan pindaan undang-undang masih memerlukan tempoh masa lebih dari satu bulan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan