Search
Close this search box.
Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili. Foto: GRS

Hajiji kekal sebagai Pengerusi GRS

KOTA KINABALU, 18 Dis: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor kekal sebagai Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perkara itu diputuskan menerusi satu Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS pada 9 Disember lalu di Kota Kinabalu yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Menurut beliau, selain mengekalkan Hajiji sebagai Pengerusi GRS, mesyuarat itu turut memutuskan untuk menggugurkan keanggotaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai Ahli Badan Gabungan dalam GRS.

Katanya, mesyuarat itu juga memutuskan GRS untuk menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil demi kepentingan kesejahteraan rakyat dan pembangunan tanah air.

“Oleh itu, Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ataupun partinya tidak ada hubungan dengan Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan yang prinsip dan matlamatnya telah ditolak oleh parti beliau,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, Ronald dalam satu kenyataan memaklumkan BERSATU sebagai ahli Badan Gabungan GRS tidak pernah terlibat dalam sebarang perbincangan yang memutuskan agar GRS memasuki perjanjian persefahaman dengan gabungan parti lain untuk membentuk kerajaan persekutuan yang diketuai oleh Pakatan Harapan (PH).

Ronald dipetik berkata Hajiji yang dilantik sebagai Pengerusi GRS atas kapasiti beliau Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah sebelum ini, tidak lagi mempunyai keabsahan untuk kekal sebagai Pengerusi GRS oleh kerana tindakan beliau keluar dari BERSATU.

Katanya, keahlian Hajiji dalam GRS kini hanyalah sebagai ahli individu dan kedudukan beliau sebagai Pengerusi GRS hendaklah diputuskan semula oleh Majlis Tertinggi GRS.

Berikutan itu, katanya perjanjian persefahaman gabungan parti-parti politik kerajaan persekutuan pimpinan PH yang ditandatangani oleh Hajiji sebagai Pengerusi GRS adalah tidak sah dan tidak mewakili aspirasi BERSATU melalui GRS. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan