Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
garisan polis
Seorang anggota polis dan tiga orang awam yang disyaki menculik seorang wartawan warga Bangladesh telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada 22 Nov lepas. Foto, TVS.

Wanita maut dikelar di leher dipercayai disamun

ByBernama

TAWAU, 16 Dis: Seorang wanita maut akibat dikelar di leher dipercayai disamun dalam kejadian di Kampung Titingan di sini pada Khamis malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superitenden Champin Piuh berkata pihaknya menerima laporan kejadian terhadap warga asing berusia lingkungan 30-an berkenaan pada 7.30 malam.

“Terdapat kesan cedera di leher mangsa disyaki dikelar dengan objek tajam dan maklumat awal polis mendapati mangsa bersama anak perempuannya berusia setahun sedang berjalan kaki dari rumahnya untuk ke rumah kakaknya di seberang jalan bagi mengambil sayur.

“Apabila sampai di lorong gelap, mangsa dipercayai disamun kerana mangsa juga dipercayai memakai rantai serta subang dan barang kemas itu hilang,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis malam.

Champin berkata bagaimanapun siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan termasuk mengesan suspek terlibat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan