Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kakitangan Jabatan Kerja Raya memasang kanvas sementara di tempat tanah runtuh. Foto: Bernama

Runtuhan tanah Batang Kali libatkan 450,000 meter padu tanah

ByBernama

BATANG KALI, 16 Dis: Cerapan awal mendapati runtuhan tanah awal pagi tadi berpunca daripada kegagalan cerun tambakan berhampiran tapak perkhemahan ​di Gohtong Jaya di sini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata runtuhan tanah melibatkan sebanyak 450,000 meter padu tanah.

Beliau berkata dimensi tanah runtuh di kawasan berkenaan melibatkan kawasan sepanjang 500 meter, 200 meter lebar dan sedalam lapan meter.

“Jabatan Mineral dan Geosains akan mengawasi kawasan ini dan akan memberi amaran sekiranya terdapat sebarang pergerakan tanah di lokasi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian di sini hari ini.

Dalam pada itu Nik Nazmi turut menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan risiko tanah runtuh terutama pada musim Monsun Timur Laut ketika ini.

Setakat 1 tengah hari tadi, polis mengesahkan seramai 16 orang terkorban dalam tragedi yang berlaku pada awal pagi itu manakala 17 masih hilang dan 61 lagi berjaya diselamatkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan