Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa pada sidang media di Jabatan Forensik, Hospotal Sungai Buloh berhubung insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor, hari ini. Foto: Bernama

Identiti 11 mayat insiden tanah runtuh Batang Kali belum dikenal pasti – Dr Zaliha

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Identiti 11 mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat setakat 4 petang ini, belum dikenal pasti.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata pasukan perubatan forensik hospital tersebut sedang mengumpul maklumat antemortem daripada waris mangsa bagi mempercepatkan proses pengecaman mayat sementara menunggu perintah post-mortem daripada pihak polis.

“Kita ada prosedur yang ketat, selagi belum terima arahan post-mortem, proses bedah siasat tidak akan dilakukan,” katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh di sini hari ini.

Dr Zaliha berkata prosedur saringan COVID-19 akan turut dilakukan ke atas mayat sebelum proses bedah siasat dimulakan.

Selain itu, beliau berkata pasukan forensik daripada beberapa hospital di sekitar Lembah Klang telah dihantar bagi membantu proses bedah siasat di hospital itu.

Pihak hospital menjangkakan beberapa lagi mayat akan tiba dalam masa terdekat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan