Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota pasukan penyelamat ketika mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Batang Kali, hari ini. Foto: Bernama

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh Batang Kali

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban akibat kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor awal pagi tadi.

Menerusi catatan di akaun Facebook rasmi Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa dukacita atas tragedi yang berlaku serta berharap agar seluruh keluarga mangsa sabar dan tabah menghadapi dugaan berkenaan.

“Seri Paduka berdua mendoakan agar roh mangsa yang beragama Islam dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” menurut catatan itu.

Seri Paduka berdua juga menzahirkan setinggi penghargaan kepada anggota jabatan dan agensi  kerajaan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan harapan agar operasi itu dilakukan secara rapi dan terancang.

“Seri Paduka berdua turut mendoakan agar dipermudahkan urusan dan usaha mencari serta menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap dapat diselamatkan dengan segera,” menurut catatan itu.

Setakat 1 tengah hari tadi, polis mengesahkan seramai 16 orang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali pada awal pagi tadi manakala 17 masih hilang dan 61 lagi berjaya diselamatkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan