Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari menyatakan tiga perkara berhubung MA63 yang dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan

ByYusuf Shukri

KOTA SAMARAHAN, 16 Dis: Pengiktirafan beberapa jabatan di Sarawak sebagai jabatan teknikal adalah satu daripada tiga perkara berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan. 

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini merangkumi Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). 

“Perkara ini tidak memerlukan apa-apa pindaan Perlembagaan di peringkat Persekutuan. Begitu juga dengan dua perkara lain iaitu perwakilan (dari Sarawak) dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga Geran Khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Perkara ini dijelaskan beliau pada sidang media selepas melancarkan Sistem Pengangkutan Bandaraya Kuching (KUTS) Fasa 1 di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof diamanah untuk menyelesaikan tuntutan Sarawak berhubung MA63 seperti dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Berhubung dengan kemungkinan pembentangan perkara berkaitan MA63 pada sesi Dewan Rakyat pada 19 dan 20 Disember ini, Abang Johari menolak kemungkinan tersebut. 

“Persidangan hanya diadakan untuk dua hari dan hanya dua perkara akan dibentangkan pada sesi tersebut. 

“Ia berkaitan dengan usul percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga perkara berkenaan dengan gaji penjawat awam,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan