Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Bernama

Perjanjian sokong kerajaan perkukuh tempoh 5 tahun Anwar Ibrahim sebagai PM – Penganalisis

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 15 Dis: Acara menandatangani perjanjian kerjasama kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan pada Jumaat diyakini akan memperkukuhkan perkhidmatan kerajaan berkenaan untuk mentadbir negara bagi tempoh lima tahun lagi.

Penganalisis Sosiopolitik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata ia sekali gus mendorong pembangunan yang dilaksanakan selain memastikan suasana pemerintahan yang lebih stabil akan diterjemahkan.

“Ini membolehkan kerajaan dapat memfokuskan isu-isu lain terutama isu ekonomi, keperluan dan masalah untuk memastikan segala permasalahan rakyat dapat ditangani dengan lebih baik lagi, katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurut Awang Azman lagi perjanjian itu juga dapat memastikan usul undi percaya yang akan berlangsung pada minggu hadapan berjalan lancar tanpa gangguan politik.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan bahawa perjanjian itu akan ditandatangani oleh ketua-ketua parti yang bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan perpaduan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan