Search
Close this search box.
Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Alexander Nanta Linggi bercakap pada sidang media. Foto: Faitullah Morni (TVS)

GPS perhalusi isi kandungan perjanjian persefahaman kerjasama kerajaan perpaduan sebelum ditandatangani, pada Jumaat

ByMuqri Aziz

KUCHING, 15 Dis: Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperhalusi isi kandungan perjanjian persefahaman kerjasama kerajaan perpaduan sebelum ditandatangani pada Jumaat di Kuala Lumpur, kata Setiausaha Agung GPS, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Tindakan sedemikian dibuat kata Nanta sejurus draf perjanjian persefahaman kerjasama berkenaan dimajukan kepada GPS.

“Jadi, mesyuarat pada hari ini bertujuan untuk memperhalusi isi kandungan terutama dari segi pandangan yang penting untuk GPS akan dimasukkan ke dalam perjanjian persefahaman itu,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Presiden GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Kerja Raya itu juga menegaskan GPS akan terus menyokong kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijenamakan sebagai ‘Kerajaan Perpaduan Malaysia’.

Sokongan sedemikian kata Nanta akan dizahirkan menerusi usul undi percaya kepada Perdana Menteri pada sidang Parlimen yang akan bermula 19 Disember ini.

Seperti sedia maklum, pada 24 November lalu, Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 selepas diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu berikutan tiada parti yang mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan