Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah merakam kenangan selepas sidang media

Sarawak mahu wujud kembali Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 14 Dis: Permohonan bagi mewujudkan kembali Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan di bawah perkara 15A Perlembagaan Persekutuan untuk Sarawak akan diteliti semula.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata rancangan berkenaan seriring dengan hasrat Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkaitan menangani isu kewarganegaraan.

Sehubungan dengan itu kata Fatimah, pihaknya akan mengemukakan rancangan untuk menubuhkan kembali jawatankuasa khas tersebut sekiranya tiada perubahan.

“Sebelum itu kita perlu tahu apakah rancangan KDN berkaitan dengan kewarganegaraan. Jika tiada perubahan dari sebelum ini, dengan itu ada keperluan untuk kita mewujudkan Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan ini.

“Pertama kita perlu tahu apakah rancangan KDN, kita akan memberi masa kepada mereka. Mengikut manifesto, mereka akan mengambil kira terhadap isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MWKS di kediamannya di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berharap agar KDN mengambil serius mengenai isu tersebut dengan mempercepatkan proses untuk mendapat taraf kewarganegaraan.

Bagi memberi hak sewajarnya, Fatimah memberitahu lagi kerajaan negeri juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti mengeluarkan Dokumen Sementara Bagi Individu Tanpa Kewarganegaraan di Sarawak bagi memudahkan Individu atau kanak-kanak yang terlibat mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan di negeri ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan