Search
Close this search box.
Jamil (dua kanan) dan Kelvin (dua kiri) menandatangani MoU di perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak hari ini. Foto: TVS

UiTM Sarawak, Geospec meterai MoU perkasa aktiviti akademik dan penyelidikan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 13 Dis: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak dan Geospec Sdn. Bhd. hari iniĀ  menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membangun dan memperkasakan aktiviti akademik dan penyelidikan.

Rektor UiTM, Profesor Datuk Dr Jamil Hamali berkata, menerusi memorandum berkenaan, ia juga akan melibatkan bidang penyelidikan dan penyeliaan, pertukaran maklumat yang berkaitan dengan perkembangan ilmu dalam pengajaran, pembangunan pelajar dan institusi penyelidikan.

Menurutnya, MoU itu juga melibatkan penerimaan latihan praktikal pelajar untuk satu tempoh yang dipersetujui bersama dan menjalin kerjasama di dalam bidang-bidang lain seperti yang dipersetujui dari semasa ke semasa.

ā€œAntara aktiviti yang akan kita laksanakan melalui memorandum merupakan satu permulaan dan saya yakin akan lebih banyak kerjasama boleh dijalin serta dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

ā€œUiTM Cawangan Sarawak sentiasa terbuka dan sedia untuk berkongsi kepakaran yang dimiliki dengan masyarakat luar,ā€ katanya pada majlis menandatangani MoU di perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak hari ini.

MoU itu disempurnakanĀ  Jamil sambil disaksikan Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Sarawak, Profesor Dr. Abang Zainoren Abang Abdurahman manakala Geospec Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengurus Besar, Kelvin Huong Tuong Yu dan disaksikan oleh Pengurus Teknikal Jeffery Tay Guan Kiat.

Pengurus Teknikal Geospec Sdn Bhd, Jeffery Tay Guan Kiat berkata, pihaknya berbangga atas peluang yang diberi terutama sekali mengadakan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi(IPT) seperti UiTM.

ā€œDalam inisiatif menjayakan kerjasama ini, kami telah mengadakan perbincangan dan penelitian melibatkan beberapa aspek dan mendapati banyak yang tersedia untuk kita memulakan kolaborasi,ā€ katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan