Search
Close this search box.
Keadaan rumah yang terbabit dalam letupan dipercayai akibat kebocoran gas petroleum cecair di Taman Desa Permai, Tasek Gelugor, hari ini. Foto: JBPM

Letupan gas memasak bocor gegarkan rumah teres dua tingkat

TASEK GELUGOR, 13 Dis: Seorang wanita cedera dalam insiden letupan dipercayai akibat kebocoran gas memasak di rumahnya di Taman Desa Permai di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun dikatakan melecur akibat impak letupan di rumah teres dua tingkat.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Hazam Hassan, pihaknya yang menerima panggilan pada pukul 8.13 pagi mendapati letupan diakibatkan oleh kebocoran gas petroleum cecair (LPG).

Letupan itu turut menyebabkan kerosakan teruk pada rumah termasuklah sebuah kereta dan motosikal yang diletakkan di hadapan rumah.

“Setibanya bomba di lokasi, kita dapati seorang penghuni wanita sudah dibawa keluar oleh jiran dan dihantar ke Hospital Kepala Batas.

“Pihak bomba membuat pemantauan dan kawalan bagi memastikan keadaan selamat,” katanya kepada pemberita.

Menurut Mohamad Hazam, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa turun ke tingkat bawah untuk menyediakan sarapan.

“Kediaman itu didiami tiga individu iaitu mangsa bersama adik lelaki dan adik iparnya. Ketika kejadian, penghuni lain dikatakan sedang tidur sebelum mereka dikejutkan dengan letupan,” katanya.

Beliau berkata, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan