Search
Close this search box.
Penyampaian Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat daripada Hii Chang Kee kepada pemenang. Foto TVS.

Anugerah Muzik Bidayuh 2022, angkat industri muzik Bidayuh ke serata dunia

KUCHING, 13 Dis: Persatuan Artis dan Pemuzik Bidayuh Sarawak (BAMA) menganjurkan Anugerah Muzik Bidayuh 2022 buat kali yang kedua bertempat diĀ  Hotel Pullman Hotel di sini, malam tadi.

Anugerah itu merupakan satu pengiktirafan untuk anak seni Sarawak yang berbangsa Bidayuh bagi mengangkat industri muzik itu ke serata dunia.

Sebanyak lapan kategori yang telah dipertandingkan antaranya Anugerah Lagu Terbaik yang dimenangi oleh Languh Band – Janggi Adih, Vokalis Terbaik Claudia Geres (Kenak Dok Madin), Video Muzik Terbaik (Swaiv Band – 5678), Kategori Susunan Muzik Terbaik (Acid Rain -Manuk Baā€™uh), kategori Lirik Lagu Terbaik (Acid Rain ā€“ Tigi Tigahang).

Para pemenang masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM2,000 beserta trofi kemenangan dan sijil penyertaan.

Manakala bagi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada Milton Anthony Suwen dan Helmi ak Nyabig yang merupakan tunjang utama dan mengangkat seni muzik Bidayuh pada hari ini.

Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000 beserta trofi dan sijil.

Bagi kategori Anugerah Khas BAMA dimenangi oleh Richmond Alan Morshidi yang juga membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta trofi dan juga sijil.

Terdahulu pada sebelah pagi beberapa aktiviti telah diadakan iaitu bengkel etika persembahan yang dikendalikan oleh artis kelahiran Sarawak, Yana Samsudin dan bengkel vokal oleh Tan Ai Ling selaku guru vokal.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Snowdan Lawan dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Hii Chang Kee.

Untuk rekod, kali pertama Anugerah Muzik Bidayuh diadakan adalah pada tahun 2018. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan