Search
Close this search box.
Dana bantuan berjumlah RM22,100 berjaya dikumpulkan daripada ahli-ahli MCJ maupun rakyat Malaysia yang berada di Indonesia. Foto TVS.

Rakyat Malaysia di Indonesia kumpul RM22,100 bantu mangsa gempa bumi di Cianjur

ByTVS

JAKARTA, 11 Dis: Rakyat Malaysia di Indonesia melalui Malaysian Chambers Jakarta (MCJ) berjaya mengumpul tabung bantuan bagi membantu mangsa terjejas gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat.

Dana bantuan berjumlah RM22,100 berjaya dikumpulkan daripada ahli-ahli MCJ mahupun rakyat Malaysia yang berada di Indonesia.

Melalui program MCJ Cares, Cianjur Relief Funds diserahkan kepada dua yayasan tempatan iaitu Yayasan Muda Giat Peduli dan Yayasan Komunitas Gerak Bareng.

Kedua replika cek diserahkan bagi membina fasiliti tandas bagi warga Cianjur yang terjejas gempa 5.6 magnitud pada 21 November lepas.

Menurut Presiden MCJ, Raja Elona Safinaz Raja Safian, bantuan yang juga diserahkan di Majlis Festival Makanan Jalanan Malaysia ‘Jom Makan’, ia mengajak untuk tidak melupakan tragedi kemusnahan yang dialami 115,000 mangsa hilang tempat tinggal akibat gempa bumi Cianjur.

“Kami berharap sumbangan itu dapat membantu mereka yang terjejas akibat gempa bumi di Cianjur,” katanya

Festival ‘Jom Makan’ yang dianjurkan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berjaya menarik penyertaan 500 tetamu, manakala bayaran tiket masuk juga disalurkan secara terus kepada dua yayasan itu.

Elona berharap festival itu berjaya menyemai perpaduan, dengan menawarkan ruang untuk masyarakat Malaysia dan rakyat tempatan bersama-sama berkongsi cinta dan kebanggaan terhadap Malaysia, sambil mempamerkan makanan jalanan Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan