Search
Close this search box.
Dua beradik dari Pulau Pinang meninggal dunia selepas lemas ketika mandi di Pantai Cenang malam tadi. Foto: Bomba.

Dua beradik lemas di Pantai Cenang

LANGKAWI, 11 Dis: Dua beradik lemas manakala seorang rakan mereka terselamat selepas kumpulan pemuda itu ditarik ombak ketika mandi-manda di Pantai Cenang di sini, semalam.

Mangsa, R. Ravishangkar, 26, dan adiknya, Yuvaaraj, 22, bersama rakan berusia 25 tahun dikatakan mandi di pantai tersebut kira-kira jam 7 malam, seorang lagi rakan mereka  berusia 24 tahun hanya menunggu di pantai.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner (ACP) Shariman Ashari berkata, ketiga-tiga mereka dipercayai dipukul ombak besar yang datang secara tiba-tiba.

Menurutnya,kejadian itu menyebabkan mereka ditarik ke kawasan lebih dalam sehingga kesemua mangsa terkapai-kapai dan meminta tolong.

“Salah seorang mangsa berjaya berenang ke arah tepi pantai dan mendapat bantuan dari anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Mayat dua beradik dijumpai pada jam 9.35 malam dan 12.40 tengah malam tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR),” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Maliha di sini bagi urusan bedah siasat, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut(SDR).

“Kumpulan pemuda dari Pulau Pinang itu dikatakan bercuti di kawasan peranginan tersebut sejak Jumaat lalu dan sepatutnya pulang hari ini,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan