Search
Close this search box.
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Nor bersama kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, ketua-ketua bahagian dan ketua sayap-sayap (Srikandi, Armada, Srikandi Muda dan Bersekutu BERSATU). Foto: GRS

Tindakan pemimpin BERSATU keluar parti dinantikan rakyat Sabah – Dr Romzi Ationg

ByAmirah Shawel

KUCHING, 10 Dis: Tindakan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah keluar daripada parti tersebut  dilihat sebagai satu keputusan yang sememangnya dinantikan oleh majoriti rakyat Sabah.

Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Romzi Ationg berkata, tindakan itu akan menamatkan kekeliruan rakyat terhadap agenda Borneo yang ingin dibawa oleh parti tersebut.

“Secara peribadi saya menyokong keputusan ini kerana akan menyumbang kepada usaha GRS untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan lebih jelas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan > > > BERSATU tiada lagi, GRS gabungan parti Sabah sepenuhnya

GRS akan berhadapan dengan halangan dalam usaha memartabatkan MA63 di peringkat negeri sekiranya pemimpin BERSATU Sabah terus bersama parti itu.

Katanya lagi, keputusan ini juga akan menyumbang kepada kestabilan kerajaan Sabah.

Autonomi juga akan diraih untuk melaksanakan perkara-perkara yang berpaksikan kepentingan blok Borneo tanpa kawalan dari segi kepimpinan dan hala tuju parti.

“Apabila tiada kawalan dan tidak lagi berpaksikan kepada parti di Semenanjung Malaysia, semua perancangan akan berjalan dengan lancar, kita akan mempunyai autonomi untuk melakukan apa sahaja perkara melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pada Sabtu mengumumkan pengunduran BERSATU Sabah daripada gabungan tersebut, dan ahli-ahlinya akan menubuhkan parti tempatan baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan