Search
Close this search box.
Pengurus Brazil, Tite mengesahkan akan meletak jawatan selepas pasukannya tewas kepada Croatia. Foto: Bernama

Piala Dunia: Tite sah undur diri selepas Brazil tersingkir

ByBernama

DOHA, 10 Dis: Pengurus Brazil, Tite mengesahkan akan meletak jawatan selepas pasukannya tewas kepada Croatia menerusi sepakan penalti, saingan suku akhir Piala Dunia di Qatar pada Jumaat, lapor Xinhua.

Tite, yang mengendalikan pasukan Brazil sejak Julai 2016 telah mengumumkan hasratnya untuk berundur selepas Piala Dunia dan berkata keputusan itu tidak akan berubah.

“Ia sangat sukar,” kata Tite kepada pemberita pada Jumaat.

Apabila ditanya mengenai legasi yang akan ditinggalkannya, lelaki berusia 61 tahun itu menjawab: “Masa akan menentukannya.”

Tite, memenangi 61 daripada 81 perlawanannya dan tewas tujuh, turut mengetuai Brazil merangkul kejuaraan Copa America 2019. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan