Search
Close this search box.
Croatia menewaskan Brazil 4-2 menerusi sepakan penalti dan menempah tiket ke separuh akhir Piala Dunia 2022. Foto: Reuters

Piala Dunia: Croatia tundukkan Brazil, tempah tiket ke separuh akhir

ByBernama

ISTANBUL, 10 Dis: Croatia menewaskan Brazil 4-2 menerusi sepakan penalti dan menempah tiket ke separuh akhir Piala Dunia 2022 pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan pada 45 minit pertama di Stadium Education City.

Pada minit ke-105, Brazil menjaringkan gol pembukaan apabila Neymar melakukan jaringan dari jarak dekat, dibantu oleh Lucas Paqueta.

Menerusi gol ini, Neymar menyamai rekod penyerang legenda Brazil Pele iaitu 77 gol.

Croatia menyamakan kedudukan dengan hantaran daripada Bruno Petkovic di tengah kotak penalti pada minit ke-117, dibantu Mislav Orsic.

Masa tambahan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Pada penentuan sepakan penalti, Nikola Vlasic, Lovro Majer, Luka Modric, dan Orsic berjaya menyudahkan jaringan menentang Brazil.

Sementara itu, Rodrigo dan Marquinhos terlepas peluang menjaringkan gol.

Casemiro dan Pedro berjaya menyempurnakan penalti untuk Brazil.

Dengan keputusan itu, Croatia akan menentang Argentina pada peringkat separuh akhir Piala Dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan