Search
Close this search box.
Malaysia akan mengetuai pembangunan ujian klinikal beberapa ubat-ubatan sedia ada yang digunakan bagi penyakit lain untuk merawat demam denggi di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Kes demam denggi meningkat 11.6 peratus pada minggu epidemiologi ke-48

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Dis:  Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-48 tahun ini dari 27 Nov hingga 3 Dis meningkat sebanyak 11.6 peratus iaitu 1,935 kes berbanding 1,734 pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME ke-48.

Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah 58,239 kes berbanding 24,049 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 142.2 peratus manakala 39 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 19 kematian bagi tempoh sama pada 2021.

“Sebanyak 53 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 54 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 24 hotspot berada di Selangor, Sabah (16), Kuala Lumpur dan Putrajaya (10) serta masing-masing satu lokaliti di Pulau Pinang, Perak dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata survelan chikungunya merekodkan sebanyak 21 kes pada ME ke-48 dengan 20 kes di Pulau Pinang dan satu kes di Selangor.

“Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 731 kes. Bagi survelan zika, sebanyak 2,003 sampel darah dan 17 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan