Search
Close this search box.
Anggota BBP Limbang memadam kebakaran membabitkan tingkat bawah sebuah bangunan. Foto: BBP Limbang.

Seorang lelaki cedera ringan di bahagian kaki, dalam kebakaran tingkat bawah bangunan

LIMBANG, 7 Dis: Seorang lelaki cedera ringan iaitu luka di bahagian kaki ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran sebuah bangunan di kawasan perindustrian Jalan Buangsiol Limbang awal pagi hari ini.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Ramlan Marajan berkata kejadian sekitar jam 3 pagi itu melibatkan satu unit bangunan dua tingkat yang terbakar 50 peratus.

“Sebaik tiba di lokasi iaitu pada jarak 3 kilometer dari balai, pasukan Bomba mendapati api telah meranapkan bahagian tingkat bawah bangunan yang diubah suai menjadi rumah burung, manakala bahagian tingkat atas yang dijadikan kediaman dan pejabat tidak terjejas,” katanya kepada TVS hari ini.

Ramlan mendedahkan pasukan Bomba turut disertai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang Chong Bui Chyan dan Pegawai Penyiasat Zon 7 Clarence D. Primus Tiandun, berada di lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pukul 3.02 pagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan