Search
Close this search box.
Rahmat Saat, 78, ditemani cucunya Noraishah Musa, 41, membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Selarong, Padang Serai di sini hari ini. Foto: TVS

Lebih 10 kali mengundi, Rahmah teruja keluar awal

KULIM, 7 Dis: Seorang warga emas tidak pernah bosan bagi menunaikan tanggungjawab mengundi biarpun lebih sepuluh kali telah melaksanakannya.

Bahkan, Rahmah Saat, 78, begitu teruja apabila keluar awal untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Kerusi Parlimen Padang Serai di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Selarong di sini hari ini.

Kata Rahmah, dia tidak dapat tidur lena pada malam tadi kerana teruja untuk memangkah calon pilihannya.

“Setiap kali pilihan raya, saya tidak pernah terlepas menunaikan tanggungjawab sejak muda lagi. Saya sudah lupa, tetapi mungkin lebih 10 kali.

“Walaupun seorang warga emas, saya percaya satu undi saya juga akan menjadi penentu masa depan negara,” katanya kepada pemberita.

Rahmat yang bertongkat, namun masih bertenaga hadir ditemani cucnya, Noraishah Musa, 41.

Sementara itu, pengundi saluran empat di SK Bukit Selarong, Muhammad Akmar Danial Shariff, 20, berkata, dia keluar awal bagi mengelakkan kesesakan di pusat pengundian.

“Ia satu perasaan bercampur baur kerana saya harap pilihan saya ini adalah suatu yang tepat demi masa depan negara.

“Peluang yang diberikan kepada orang muda perlu direbut kerana kita boleh jadikannya sebagai pengajaran untuk memilih wakil rakyat berikutnya yang lebih baik,” kata penuntut di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor itu.

Parlimen itu menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin, Hamzah Abd. Rahman (Pejuang), Sreanandha Rao (Bebas), Mohd. Bakri Hashim (Warisan) dan Datuk C. Sivaraj (Barisan Nasional)

Bagaimanapun, calon Warisan dan BN menarik diri lebih awal bagi menyatakan sokongan kepada calon PH.

PRU-15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan selepas calon PH yang juga penyandang, M. Karupaiya, meninggal dunia pada 16 November lalu akibat serangan jantung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan