Search
Close this search box.
Suasana Program Juh Nangga Bol bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki di Kompleks Sukan Satok malam tadi. Foto: TVS

‘Juh Nangga Bol’ bersama ADUN Satok

KUCHING, 7 Dis: Kelab Sukan Komuniti Satok menganjurkan Program Juh Nangga Bol bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki  sempena kehangatan  Piala Dunia Qatar 2022, malam tadi.

Program diadakan di Kompleks Sukan Satok itu menyaksikan pertandingan secara langsung perlawanan bola sepak antara Morocco dan Sepanyol.

‘Juh Nangga Bol’ pengubat demam piala dunia

Ibrahim berkata, tujuan penganjuran program itu adalah bagi merapatkan hubungan antara penduduk di kawasan Satok khususnya golongan belia.

“Sekarang semua orang demam Piala Dunia, jadi kita menyambut baik permintaan golongan belia khususnya di kawasan Satok ini. Suasana agak meriah menoton Piala Dunia bersama-sama dengan golongan belia.

“Ia juga bersamaan dengan menyambut kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), lebih-lebih lagi wakil rakyat  Sarawak pertama kali memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Kita berasa bersyukur dan kita juga ingin beramah-mesra dengan golongan belia,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri program berkenaan.

Turut hadir ialah Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Satok, Irwan Zulkarnain Hasbi.

Untuk rekod, program itu merupakan anjuran kali pertama oleh Kelab Sukan Komuniti Satok, di samping menaikkan minat para belia terhadap sukan bola sepak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan