Search
Close this search box.
Calon Pejuang Parlimen Padang Serai, Hamzah Abd. Rahman hadir membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Selarong di sini hari ini. Foto: TVS

Calon Pejuang sebak mengundi di sekolah lama

KULIM, 7 Dis: Calon Pejuang bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Parlimen Padang Serai, Hamzah Abdul Rahman tidak dapat menahan sebak ketika mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Selarong di sini yang merupakan bekas sekolahnya.

Beliau yang hadir lengkap berbaju Melayu berwarna biru muda menuntut di sekolah tersebut dari darjah satu hingga enam sekitar tahun 70-an.

Menurut Hamzah yang tiba di pusat pengundian kira-kira jam 8.20 pagi, beliau sebak kerana terkenangkan kesusahan ketika menuntut di sekolah berkenaan.

“Saya juga terharu kerana teringat bagaimana (kehidupan) bermula di sekolah ini.

“Saya tidak sangka kembali ke sekolah ini sebagai calon,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, calon Bebas yang merupakan anak tempatan, Sreanandha Rao dilaporkan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech Kulim dan calon Warisan, Mohd. Bakri Hashim mengundi di Sekolah Kebangsaan Labu Besar.

Calon lain, Datuk Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional, Datuk C. Sivaraj (Barisan Nasional) dan Mohamad Sofee Razak (Pakatan Harapan) tidak mengundi kerana calon luar.

Parlimen berkenaan menyaksikan pertembungan enam penjuru, namun calon Warisan dan BN menarik diri lebih awal bagi menyatakan sokongan kepada calon PH.

PRU-15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan selepas calon PH yang juga penyandang, M. Karupaiya, meninggal dunia pada16 November lalu akibat serangan jantung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan