Search
Close this search box.
England menewaskan Senegal 3-0 pada Ahad dalam perlawanan pusingan 16 sebelum melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022. Foto: Reuters

Piala Dunia: England tewaskan Senegal, mara ke suku akhir

ByBernama

ANKARA, 5 Dis: England menewaskan Senegal 3-0 pada Ahad dalam perlawanan pusingan 16 sebelum melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022, lapor Agensi Anadolu.

Jordan Henderson berjaya menjaringkan gol pembukaan untuk England pada minit ke-38 dibantu Jude Bellingham.

Sementara itu, bintang England Harry Kane menjaringkan gol pertamanya di Qatar 2022 pada separuh masa pertama menerusi serangan balas.

The Three Lions mendahului separuh masa pertama 2-0 di Stadium Al Bayt di Al Khor, Qatar.

Pada minit ke-57, pemain sayap England, Bukayo Saka menghadiahkan gol penyudah jarak dekat selepas dibantu Phil Foden.

England dijadual menentang Perancis pada Sabtu di Stadium Al Bayt. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan