Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah MARA Sarawak , Azmi Amat Murjan bersama jurulatih dan peserta kursus di Majlis Penutupan Program Digital Content Marketing pada hari ini. Foto: TVS

MARA bantu usahawan Sarawak kuasai pemasaran digital

KUCHING, 2 Dis: Seramai 20 usahawan di negeri ini diberi pendedahan berkaitan pemasaran digital menerusi kursus anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) Cawangan Miri.

Pengarah MARA Sarawak, Azmi Amat Murjan berkata, kursus dengan kerjasama kumpulan Azzam Rezky itu bertujuan untuk membuka peluang kepada usahawan supaya mahir mengendalikan platform digital dan seterusnya memacu perniagaan mereka.

“Kursus yang dihadiri usahawan dari Kuching, Serian, Bau, Lundu dan Betong ini menekankan kepentingan produk yang bermutu tinggi agar dikenali.

“Ini juga dapat memastikan mereka mendapat kemahiran untuk membuat penjenamaan berkaitan produk masing – masing,” katanya kepada pemberita selepas hadir majlis penutup kursus selama tiga hari itu di sini pada Khamis.

Seorang peserta, Zurina Sapinyan berkata, menerusi kursus berkenaan, dia mendapat pelbagai ilmu mengenai pemasaran digital.

“Saya berharap agar kursus seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan