Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: TVS

Sarawak harap Kerajaan Perpaduan penuhi tuntutan haknya

ByOdleen Catherny

KUCHING, 1 Dis: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap agar Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memenuhi tuntutan Sarawak.

Premier Sarawak itu berkata, perkara berkenaan penting untuk direalisasikan demi semangat perpaduan dalam Malaysia.

“Di bawah Kerajaan Perpaduan ini, Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada Mesyuarat Ketiga Sesi Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di sini, hari ini.

Sementara itu Abang Johari berkata, wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan dilantik ke dalam kabinet Kerajaan Persekutuan kelak perlu memastikan semua dasar dan inisiatif kerajaan pusat itu akan turut mengambil kira kesejahteraan rakyat Sarawak.

“Ia termasuk status, hak dan kepentingan Sarawak dalam Persekutuan selaras dengan hak perlembagaan kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC),” katanya.

Abang Johari seterusnya turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November lepas.

Beliau juga menyampaikan penghargaan kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Patinggi Ismail Sabri Yaakob atas segala sumbangan terhadap pembangunan sosioekonomi Sarawak.

Dalam pada itu, Abang Johari menegaskan kerajaan GPS pimpinannya merupakan model kerajaan yang sentiasa menjunjung prinsip Rukun Negara.

“Sebagai rakyat Malaysia yang taat kepada titah Yang di-Pertuan Agong, Kerajaan GPS telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada perkenan Seri Paduka dan Majlis Raja-Raja Melayu berhubung perlantikan Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan seterusnya menubuhkan Kerajaan Perpaduan,” tegasnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan