Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol bersama rombongan PBB Semop di Tegas Digital Village, Kuching, hari ini.

Tegas Digital Village beri inspirasi kepada rombongan PBB Semop

KUCHING, 30 Nov: Rombongan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Semop teruja apabila berpeluang berkunjung ke TEGAS (Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak) Digital Village yang ditubuhkan dengan tujuan antara lain ialah membantu syarikat pemula meneroka peluang ekonomi digital.

Lawatan adalah atas jemputan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol yang juga Setiausaha TEGAS dan diketuai Timbalan PBB Cawangan Semop Rudy Suib, rombongan 14 orang itu diberi taklimat mengenai peranan dan fungsi Tegas Digital Village.

Rudy berkata, objektif rombongan adalah untuk mengetahui peranan TEGAS Digital Village dalam pembangunan ekonomi digital serta kemudahan disediakan. 

“Dengan taklimat yang diberikan oleh staf TEGAS Digital Village, kami kini mengetahui serba sedikit usaha kerajaan Sarawak dalam membangunkan ekonomi digital.

“Peluang yang disediakan TEGAS Digital Village mungkin boleh kami manfaatkan untuk memasarkan produk tani dan laut kami secara moden dan memasuki pasaran antarabangsa,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, antara produk yang berpotensi dipasarkan secara dalam talian ialah lumek salai dan sesar unjur.

“Adalah menjadi harapan kami terutama warga belia di luar bandar supaya tidak ketinggalan dalam pelbagai peluang keusahawanan melalui platfom digital, mungkin berhampiran kawasan kami dalam daerah dapat dibuka satu Hub Innovasi Digital (DIH).

“Ini dapat memberi peluang kepada kami di kawasan luar bandar mendapat peluang untuk melibatkan diri secara langsung dalam ekonomi digital demi meningkat sosioekonomi kami di luar bandar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan