Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto: Fiqri Razak (TVS)

DUN Sarawak: RM6.1 juta diperuntuk untuk pembangunan sukan OKU

ByAkma Salleh

KUCHING, 30 Nov: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM6.1 juta bagi pembangunan sukan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, peruntukan itu dibahagikan kepada Special Olympics, Paralympics dan Deaflympics yang merangkumi pemilihan latihan, penyertaan dan insentif.

“Special Olympics Games – Sarawak 2022, telah disertai oleh 250 atlet, dan seramai 36 atlet telah dipilih untuk mewakili Sarawak ke Special Olympic Games Malaysia yang telah berlangsung di Melaka pada 25 hingga 27 Ogos 2022.

“Mereka telah memenangi 22 emas, 22 perak, dan 12 gangsa. Melalui kejohanan ini tiga atlet telah dipilih untuk mewakili negara ke Special Olympic World Games 2023 di Berlin, Germany pada Jun 2023,” katanya pada ucapan penggulungan bagi kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Sementara itu, pasukan bola sepak Special Olympic Sarawak yang mewakili negara telah menjadi naib juara pada 9th Asean Special Olympics South East Asia 5-A- Side Unified Football Tournament 2022 yang berlangsung di Bangkok, Thailand pada 12 hingga 16 November 2022.

Antara lain katanya lagi, pada Commonwealth Games 2022 di Birmingham United Kingdom (28 Julai hingga 8 Ogos 2022) pula, atlet paralimpik Bonnie Bunyau Gustin telah berjaya merangkul pingat emas dan mencipta rekod baharu dalam acara powerlifting kategori 55 kilogram.

“Beliau adalah di antara tiga orang atlet paralimpik Sarawak yang terpilih mewakili negara,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, pencapaian cemerlang atlet OKU Sarawak ini adalah bukti jelas hasil positif dasar keterangkuman yang diamalkan oleh Kerajaan Sarawak iaitu tiada siapa yang akan ketinggalan di belakang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan