Search
Close this search box.

China terus menyumbang pemulihan ekonomi global

ByBernama

BEIJING, 30 Nov: Pertumbuhan ekonomi China secara berterusan akan membawa lebih banyak dinamik kepada ekonomi dunia, kata bekas ahli ekonomi Bank Dunia (WB) Mwangi Wachira ketika ditemubual baru-baru ini.

China berdiri pada landasan yang betul dalam sejarah globalisasi ekonomi dan diyakini akan menyumbang lebih banyak peluang kepada pemulihan ekonomi dunia, katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Wachira, jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian memberitahu bahawa China sentiasa menjadi penyokong dan pendorong ekonomi dunia yang terbuka.

Zhao berkata, secara purata kadar pertumbuhan ekonomi China direkodkan pada 6.6 peratus setahun dalam tempoh sedekad lalu, dan menyumbang lebih 30 peratus kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

“Pada 2021, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China menyumbang 18.5 peratus jumlah ekonomi dunia.

“Sementara itu, jumlah perdagangan luar China mencatat US$6.9 trilion, serta kekal sebagai entiti ekonomi kedua terbesar dan negara perdagangan terbesar di dunia,” kata Zhao.

Jurucakap itu berkata, ketika menghadapi situasi dalam dan luar negeri yang rumit dan kompleks, ekonomi China kekal stabil, dengan prospek baik, dan sentiasa menjadi tenaga positif dalam pembangunan dan kemakmuran global.

Zhao menegaskan bahawa keterbukaan adalah satu-satunya jalan menuju pembangunan dan kemajuan.

“China akan memperkasakan keterbukaan yang lebih luas dan pada skala yang lebih besar, mempertahankan modenisasi ala China, membina sistem ekonomi terbuka yang lebih tinggi, dan terus menyuntik kedinamikan kepada pemulihan ekonomi dunia,” kata Zhao. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan