Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Sektor Operasi, Mohd Yusree Mohd Zain (kiri) menyerahkan Bantuan Sara Hidup kepada salah seorang penerima. Foto: Awang Azmil (TVS)

Tabung Baitulmal Sarawak agih zakat lebih RM68 juta setakat Oktober

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 29 Nov: Sejumlah RM68.74 juta hasil zakat telah diagihkan kepada asnaf setakat 31 Oktober 2022.

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Datu Abang Mohd. Shibli Abang Mohd. Nailie berkata, agihan berkenaan dilakukan menerusi empat program utamanya yang dilaksanakan.

“Ini meliputi Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Peningkatan Kemahiran Ummah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Agihan Bantuan kepada asnaf dan penerima bantuan TBS di Ummah Distribution Centre, Jalan Bako, di sini hari ini.

Seramai 50 penerima diberikan bantuan wang tunai dan barangan keperluan asas di bawah Program Memantapkan Kebajikan Ummah (PMKU) yang melibatkan kos sebanyak RM83,987.

Antara yang dibantu ialah Hafizah Bolhi, 32, yang menerima Bantuan Sara Hidup berupa bungkusan makanan dan wang tunai berjumlah RM1,080.

Selain itu, Junaidah Putit, 41 dan Robayah Ramli, 46, turut menerima bantuan serupa.

Di bawah PMKU juga, turut disediakan Bantuan Memeluk Islam (BMI) berjumlah RM1,000 setiap seorang yang diberikan kepada empat saudara baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan