Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Premier Datuk John Sikie Tayai. Foto: TVS

Permohonan Prapendaftaran Perkahwinan Adat boleh dikemukakan dalam talian pada 2023

ByMuqri Aziz

KUCHING, 29 Nov: Permohonan Prapendaftaran Perkahwinan Adat boleh dikemukakan melalui platform Sistem Elektronik Perkahwinan Adat (NAMES) bermula 2023.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata ini sejajar dengan projek pembangunan semula sistem ini melalui projek ICT Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Melalui projek ini, perkhidmatan NAMES akan tersedia kepada orang ramai untuk memohon Prapendaftaran Perkahwinan Adat di portal kerajaan Sarawak dengan menggunakan ID Sarawak.

“Perkhidmatan NAMES juga akan disepadukan dengan sistem agensi kerajaan yang berkaitan bagi meningkatkan kebolehkendalian dan operasi pengesahan data,” katanya dalam sesi penggulungan kementeriannya pada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Sikie juga berkata ini adalah selaras dengan Pelan Transformasi Digital di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) di dalam Perkhidmatan Kerajaan Digital. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS