Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan November 2022 di Dataran Perdana Putra, Bangunan Perdana Putra hari ini. Foto Bernama.

Penamatan kelulusan projek tanpa tender tingkat keyakinan rakyat dan pelabur

ByAdlina Rahman

KUCHING, 29 Nov: Proses kelulusan projek tanpa tender yang akan dihentikan oleh kerajaan merupakan langkah yang baik, kata Mujibu Abd Muis.

Beliau yang juga penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, langkah berkenaan patut diangkat dan seterusnya dibudayakan dalam pentadbiran kerajaan baharu yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas beliau, langkah tersebut perlu bagi mewujudkan sebuah kabinet yang berwibawa.

“Saya berpandangan hal ini perlu berlaku (hentikan kelulusan projek tanpa tender) memandangkan naratif kerajaan perpaduan yang diketuai oleh Anwar mahukan sebuah kabinet yang bebas rasuah.

“Oleh itu sudah tentu perkara yang berkait rapat dengan perolehan harus lebih telus dan boleh dilihat oleh semua pihak,” katanya kepada TVS hari ini.

Perdana Menteri ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini berkata, kerajaan pimpinannya tidak lagi boleh mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.

Sementara itu Mujibu berkata, langkah tersebut turut mampu meningkatkan keyakinan rakyat serta pelabur asing kepada kerajaan baharu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan