Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi November 2022 di Dataran Perdana Putra, Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA

PDRM terima laporan dakwaan PM sebagai ejen Israel

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berkaitan dakwaan Ahli Parlimen Baling Hassan Saad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan berkata siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“PDRM mengesahkan menerima laporan berkenaan isu terbabit. Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan (kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan fitnah).

“(Kes juga disiasat) di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian),” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Hari ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Putrajaya meminta polis menyiasat tuduhan yang mengaitkan Anwar sebagai ejen Israel.

Ketua AMK Putrajaya Mohamad Syazreen Ezam Mohd Saidi dilaporkan berkata perkara  itu tidak boleh dibiarkan kerana ia turut melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara.

Semalam, Pakatan Harapan dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan pemimpin gabungan itu sebagai ejen Israel manakala Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata Anwar sudah meminta polis mengambil tindakan terhadap fitnah berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan