Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Premier Datuk John Sikie Tayai. Foto: TVS

DUN Sarawak: Utamakan pengambilan pekerja tempatan

ByMuqri Aziz

KUCHING, 29 Nov: Pihak majikan diminta mengutamakan pengambilan pekerja anak tempatan dahulu sebelum mengambil pekerja asing dalam sektor pekerjaan di Sarawak.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai mahukan anak tempatan mendapat peluang pekerjaan terlebih dahulu bagi mencapai inisiatif Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 untuk menggalakkan penglibatan anak tempatan dalam pasaran buruh.

“Kerajaan Sarawak hanya membenarkan mengambil pekerja asing bagi ekspatriat, pekerja mahir atau separa mahir serta pekerja am untuk bekerja di Sarawak.

“Dengan syarat menyediakan peluang pekerjaan dengan kemahiran yang tidak tersedia sahaja di dalam Sarawak,” katanya ketika dalam Perbahasan Atas Bacaan Kali Yang Kedua Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

John Sikie turut menggesa pihak majikan untuk mengiklankan kekosongan jawatan dalam portal MyFutureJobs yang diuruskan oleh PERKESO (SOCSO), akhbar serta radio tempatan.

“Ini adalah bagi memberi peluang kepada anak tempatan terlebih dahulu sebelum permohonan pengambilan pekerja asing oleh majikan dapat dipertimbangkan,” ujarnya.

Mengenai had umur buruh kasar di Sarawak, beliau berkata, ia mengikut kategori dalam sesuatu bidang pekerjaan.

“Sebagai contoh, had umur pekerja tidak mahir atau pekerja am adalah 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 45 tahun untuk kemasukan pertama manakala bagi pekerja mahir pula, umur minimum adalah 18 tahun.

“Bagi ekspatriat yang telah disaring oleh Jabatan Imigresen Sarawak, umur minimum 27 tahun adalah garis panduan asas bagi Jawatankuasa Penyetempatan untuk mempertimbangkan permohonan Pas Pekerjaan Ekspatriat, ” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, jawatankuasa itu boleh mempertimbangkan pemohon di bawah umur 27 tahun yang mempunyai kemahiran tinggi serta berbakat dalam industri yang semakin berkembang di Sarawak.

“Dasar Kerajaan Sarawak sedia ada sentiasa mengutamakan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan walaupun ada industri yang mendesak untuk mendapatkan pekerja asing, ” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS