Search
Close this search box.
ADUN Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek menghadiri Program Pembangunan Komuniti Rakyat Pemeriksaan Kesihatan Pengguna di SJK(C) Sacred Heart, Sibu semalam. Foto TVS.

Joseph guna RTP selenggara pili bomba di DUN Bukit Assek

SIBU, 28 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek akan menggunakan peruntukan dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi menyelenggara pili bomba di kawasannya pada tahun hadapan.

Menurutnya, meskipun projek berkenaan sepatutnya menggunakan dana kerajaan Persekutuan melalui jabatan bomba, namun keperluan yang mendesak demi keselamatan orang ramai, beliau mahu isu diselesaikan segera.

Beliau maklum bahawa beberapa pili bomba di kawasan DUN Bukit Assek tidak berfungsi dan ini mungkin membahayakan penduduk setempat sekiranya berlaku kebakaran.

“Saya sudah mula mengatur peruntukan RTP untuk tahun depan dan salah satu fokus saya ialah memberi peruntukan dan bekerjasama dengan Balai Bomba dan Penyelamat Sibu.

“Peruntukan itu akan diberikan kepada Majlis Perbandaran Sibu sebagai agensi pelaksana dan kita akan bekerjasama dengan bomba Sibu kerana kita perlu menyemak kawasan demi kawasan bagi setiap pili bomba dan paip itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pembangunan Komuniti Rakyat Pemeriksaan Kesihatan Pengguna di SJK(C) Sacred Heart di sini pada Ahad.

Beliau menerima aduan orang ramai yang risau tentang pili bomba dikhuatiri tidak berfungsi.

“Jika Balai Bomba dan Penyelamat Sibu tidak mempunyai dana, jangan risau pembiayaan akan keluar daripada saya. Saya mahu membina keyakinan untuk rakyat kita terhadap pili bomba dan perkhidmatan bomba kami di sini adalah baik untuk digunakan.

“Saya ingin bekerjasama dengan Balai Bomba dan Penyelamat Sibu untuk memeriksa kawasan ke kawasan bagi membaiki pili bomba di Bukit Assek,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan