Search
Close this search box.
Majlis Perasmian Wisma SABATI dan Ulang Tahun ke-40 SABATI
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) bersama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Majlis Perasmian Wisma SABATI dan Ulang Tahun ke-40 SABATI. Foto: TVS

Wisma SABATI pemangkin perpaduan komuniti di Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 27 Nov: Penubuhan Wisma Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (SABATI) bakal menjadi pemangkin perpaduan dalam kalangan komuniti khususnya dalam menyampaikan sumbangan amal ke seluruh Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak sentiasa mengiktiraf usaha serta komitmen badan-badan amal yang aktif.

Belia meminta warga SABATI memanfaatkan penggunaan teknologi digital, terutamanya dalam pentadbiran dan pengurusan maklumat.

“Kini, SPayGlobal, yang telah menjadi platform utama bagi perniagaan, urus niaga Kerajaan Negeri dan sektor swasta, di mana warga SABATI juga boleh gunakan di dalam pengurusan di kafeteria atau di galeri.

“Mungkin juga boleh saya cadangkan untuk menyediakan ruang wi-fi kerana kini Sarawak menyediakan WIFI SALURAN melalui Very Small Aperture Terminal (VSAT),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Wisma SABATI dan Ulang Tahun ke-40 SABATI, di sini, malam tadi.

Tambah Abang Johari, melalui penubuhan bangunan tersebut turut akan memudahkan warga SABATI untuk bermusyawarah dan berkumpul di tempat yang lebih kondusif, untuk merangka dan meneruskan komitmen dalam melaksanakan kerja-kerja amal.

Selain itu, beliau berkata, Wisma SABATI dilengkapi dengan dewan serbaguna yang mampu memuatkan sehingga 500 orang, auditorium yang dapat menempatkan 270 orang dan termasuk empat buah gelanggang badminton.

Pada majlis tersebut juga, sejumlah RM275,000 turut didermakan oleh pihak SABATI kepada pertubuhan badan-badan amal di Sarawak.

Turut hadir ialah Yang di-Pertua Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan