Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman merakam kenangan bersama tetamu kehormat yang lain. Foto: UKAS

Pusat Falak di Bintulu beroperasi tahun hadapan

ByFarah Diyana Samsuddin

MIRI, 27 Nov: Pembinaan Pusat Falak di Bahagian Bintulu kini siap sepenuhnya serta akan mula beroperasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Menurut beliau, pembangunan pusat tersebut diyakini akan mendorong ilmu pengetahuan berkaitan falak dalam kalangan rakyat akan lebih mendalam selepas ini.

Selain itu katanya, pengwujudan pusat tersebut juga mempamerkan hasrat kerajaan Sarawak yang mahu terdapat satu kawasan khas di negeri ini akan menjadi tempat rujukan pihak luar dalam ilmu berkaitan falak ini.

“Kita di Sarawak ini sebenarnya melihat keperluan untuk memastikan bahawa kita ini menjadi satu kawasan yang boleh menjadi tempat rujukan rakan-rakan kita daripada negeri lain dalam ilmu falak ini iaitu dengan penubuhan satu lagi pusat falak yang lebih besar,” katanya dalam Majlis Perasmian Ekspo Pusat Falak Miri “Street Falak” 1444H/2022M di Pusat Falak Miri, Luak Esplanade Miri di sini, hari ini.

Dr abdul Rahman menambah, selain pusat falak pertama iaitu di Miri, mulai tahun hadapan Bintulu akan menjadi lokasi kedua.

“Insha-Allah dalam dua tiga tahun lagi kerajaan Sarawak sedang dalam perancangan membina Pusat Astronomi Borneo yang terletak di Damai berdekatan dengan kaki Gunung Santubong di Kuching,” jelasnya inisiatif berkenaan akan menjadikan Sarawak akan memiliki tiga buah Pusat Falak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan