Search
Close this search box.
Di samping mengecilkan saiz Kabinet, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau juga akan menghentikan amalan melampau yang menjadikan pelantikan ke jawatan menteri sebagai satu bentuk ganjaran. Foto: Bernama

Anwar hasrat henti amalan lantikan ke Kabinet sebagai satu bentuk ganjaran

PUTRAJAYA, 27 Nov: Di samping mengecilkan saiz Kabinet, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau juga akan menghentikan amalan melampau yang menjadikan pelantikan ke jawatan menteri sebagai satu bentuk ganjaran.

“Saya mahu mereka (anggota Kabinet) menyokong saya berdasarkan dasar-dasar saya, dan komitmen saya terhadap tadbir urus yang baik, komitmen saya terhadap usaha anti-rasuah, dan memulihkan ekonomi… itu sebenarnya.

“Sudah tentu kita boleh pertimbangkan satu atau dua kes yang benar-benar diperlukan, tetapi ia tidak sepatutnya dilihat sebagai memberi ganjaran kepada pemimpin politik agar mereka menyokong anda,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022 di sini.

Merujuk kepada tarikh pengumuman barisan Kabinet, beliau berkata ia akan dibuat dalam beberapa hari akan datang, kerana beliau sedang berbincang dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

“Saya mengadakan perbincangan yang baik dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (Pengerusi Gabungan Parti Sarawak) semalam.

“.. kemudian saya perlu berbincang dengan wakil Barisan Nasional (BN), mereka ada jawatankuasa kerja yang akan memberi beberapa saranan,” katanya dan menambah beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, yang juga pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan