Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee menghadiri Majlis Pelancaran Program STEM 50 hari ini. Foto: TVS

STEM 50 pendekatan holistik tingkat jumlah pelajar Sains

SIBU, 26 Nov: Program STEM 50 diperkenalkan hari ini sebagai pendekatan holistik bagi meningkatkan bilangan pelajar yang belajar dalam aliran sains tulen.

Program berkenaan melibatkan 150 orang pelajar dari tiga buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka, di sini iaitu pelajar dari SMK Agama, SMK Jalan Oya dan SMK Kampung Nangka.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata Program STEM 50 tersebut melibatkan empat komponen utama iaitu tuisyen percuma, lawatan sambil belajar, kuiz dan aktiviti.

“Tuisyen dalam bidang sains dan matematik oleh guru serta menyertai aktiviti anjuran tiga rakan kongsi kami iaitu Sibu Digital Innovation Hub (DIH), Universiti Teknologi Sarawak (UTS), dan PUSTAKA.

“Selain itu, kami juga akan menganjurkan lawatan sambil belajar untuk mereka dan kuiz serta 15 pelajar terbaik akan mendapat komputer riba daripada saya sebagai tanda penghargaan,” katanya semasa berucap di Majlis Pelancaran Program STEM 50 pada hari ini.

Beliau menegaskan bahawa program tersebut bukanlah program ceramah motivasi yang sering dianjurkan di sekolah-sekolah seperti sebelum ini.

Tegas beliau ia merupakan program berterusan yang akan memupuk minat pelajar dalam bidang STEM dari tingkatan 1 sekaligus menyediakan mereka memasuki aliran sains tulen semasa menengah atas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan