Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kesemua mereka berusia antara 24 hingga 68 tahun ditahan kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia. Foto: APMM Zon Bintulu 

Tiada permit kerja, lapan kru Indonesia ditahan bersama dua kapal nelayan tempatan

BINTULU, 25 Nov: Lapan kru warga Indonesia ditahan bersama dua kapal nelayan tempatan secara berasingan sejak Selasa lalu.

Kesemua mereka berusia antara 24 hingga 68 tahun ditahan kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, penahanan tersebut dibuat semasa aset zon Maritim Bintulu melakukan rondaan rutin.

Maritim Malaysia telah menyita dua vesel, peralatan menangkap ikan jenis pukat tunda dan pukat hanyut, beserta 80 kilogram ikan campur yang dipercayai baru ditangkap bagi vesel pertama dan 1,000 kilogram ikan campur pada vesel yang kedua. Foto: APMM Zon Bintulu

“Penahanan pertama dilakukan pukul 12.30 pada 22 November manakala penahanan kedua dilakukan pada pukul 6.00 petang 24 November lalu,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Katanya hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua vesel tersebut masing-masing dikendalikan oleh empat kru termasuk tekong.

Jelasnya, kesemua kru bagi kedua-dua kapal tersebut dipercayai menggunakan pas lawatan yang hanya sah selama 30 hari untuk memasuki negara ini sejak Julai lalu.

Lapan orang kru bagi kedua-dua kapal tersebut dipercayai menggunakan pas lawatan yang hanya sah selama 30 hari untuk memasuki negara ini sejak Julai lalu. Foto: APMM Zon Bintulu

Namun, katanya kesemua kru berkenaan tidak keluar semula dari Malaysia sehingga pada tarikh mereka ditahan.

Susulan itu, katanya Maritim Malaysia telah menyita dua vesel, peralatan menangkap ikan jenis pukat tunda dan pukat hanyut, beserta 80 kilogram ikan campur yang dipercayai baru ditangkap bagi vesel pertama dan 1,000 kilogram ikan campur pada vesel yang kedua.

Katanya, kesemua kru beserta vesel nelayan ditahan dan diiringi ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut.

“Kedua-dua vesel disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat sah lesen kerana menggaji pekerja asing tanpa kebenaran yang mana boleh dikenakan kompaun daripada Jabatan Perikanan Malaysia,” tegasnya.

Kesemua kru yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana telah tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang telah ditetapkan yang mana boleh dihukum dibawah Seksyen 15(4) Akta yang sama jika disabitkan bersalah denda tidak kurang RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan