Search
Close this search box.
Majlis ‘Thank You, Sir!’ anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Jabatan Premier Sarawak
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah mbas merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain di Majlis ‘Thank You, Sir!’ anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Jabatan Premier Sarawak. Foto: TVS

Sarawak terus usaha menjadi negeri paling aman menjelang tahun 2030

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 25 Nov: Sarawak akan meneruskan usaha untuk menjadi negeri paling aman di Malaysia menjelang tahun 2030.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas optimis hasrat sedemikian dapat dicapai susulan masyarakat di Sarawak sentiasa mempamerkan keharmonian kaum, perpaduan agama dan toleransi secara berterusan seperti yang dibuktikan semasa menangani wabak COVID-19 sebelum ini.

“Melalui usaha ini, kita dapat bersama-sama meneruskan kehidupan kita, menjaga keluarga, anak-anak, rakan-rakan serta bekerjasama untuk memastikan kaedah ini dihargai oleh generasi akan datang supaya kita terus aman damai dan bersatu padu.

“Saya turut meminta pengarah baharu nanti untuk menganjurkan mesyuarat yang akan membincangkan isu, kebimbangan dan bagaimana cara untuk kita bergerak ke hadapan bersama-sama dengan rakan-rakan Islam kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis ‘Thank You, Sir!’ anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Jabatan Premier Sarawak, di sini, malam tadi.

Sementara, majlis tersebut turut meraikan majlis perpisahan bersama Pengarah UNIFOR, Richard Lon yang dilantik menjadi Pengarah Unit Pengurusan Imigresen dan Buruh.

Selain itu, tambah Uggah, sejumlah RM255 juta telah diperuntukkan kepada UNIFOR sejak tahun 2017.

Sebelum ini, kerajaan Sarawak turut akan memperuntukkan dana RM100 juta kepada UNIFOR pada tahun depan menerusi permohonan yang diterima untuk membantu institusi keagamaan.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan