Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Faitullah Morni (TVS).

PM umum cuti pada Isnin

ByDouglas Elliot

KAJANG, 24 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum pada Isnin depan.

Anwar berkata, beliau telah berbincang mengenai perkara itu dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali.

“Sebenarnya saya juga telah berjanji dengan Yang di-Pertuan Agong (mengenai cuti) namun perkara ini tidak selesai (pembentukan kerajaan) jadi kita anjakkan kepada Isnin depan,”katanya pada sidang media hari ini.

Yang turut hadir, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Ismail Wan Ismail.

Ini merupakan sidang media pertama Anwar selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di depan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, petang tadi.

Pelantikan Anwar itu sekaligus menamatkan kemelut pembentukan kerajaan sejak Ahad lalu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang menyaksikan Parlimen tergantung buat kali pertama selepas tiada gabungan politik yang menang majoriti mudah 112 kerusi.

Anwar kini mengetuai kerajaan campuran yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Warisan Sabah (WARISAN), Parti Bangsa Malaysia (PBM), Muda dan wakil rakyat bebas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan