Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Faitullah Morni (TVS).

Jawatan TPM untuk BN dan GPS – Anwar

ByDouglas Elliot

KAJANG, 24 Nov: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) akan diberi keutamaan kepada Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Perdana Menteri berkata, ketika ini BN dan GPS merupakan komponen kedua dan ketiga terbesar dalam kerajaan perpaduan yang diterajuinya.

“Oleh kerana Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan (PH), biasanya Timbalan Perdana Menteri itu daripada komponen kuat yang lain.

“Setakat ini BN dan komponen yang kuat di Sabah dan Sarawak ialah GPS, jadi ini dalam pertimbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri Ke-10 di sini hari ini.

Yang turut hadir, isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdahulu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berlangsung, Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Sementara itu, Anwar turut memberi penghargaan kepada Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memberikan komitmen ke arah menjayakan kerajaan perpaduan.

“Saya hubungi sahabat saya, Datuk Abang Johari dan dapat pengesahan mereka (GPS) bersama dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi PH itu turut menegaskan bahawa Malaysia adalah untuk semua rakyatnya.

“Saya ulangi bahawa tiada sesiapapun yang akan dipinggirkan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan