Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abdul Karim berharap Sarawak diberi jawatan penting dalam kabinet Persekutuan

BySalasiah Safian

KUCHING, 24 Nov: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berharap Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak diberikan jawatan penting dan kabinet pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, hak dan kepentingan Sarawak juga wajar dijaga seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Harapan saya agar Sarawak tidak ketinggalan (diketepikan) dalam kementerian yang penting. Kita mahu melihat kedudukan Sarawak terjaga menerusi kementerian-kementerian yang akan diberi,” katanya pada sidang media sempena Festival Sunbear 2022 di sini, hari ini.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan berkata, harapan beliau itu adalah bersandarkan fakta bahawa Sarawak berperanan besar dalam pembangunan negara.

“Kami ingin melihat sesuatu seperti itu kerana Sarawak juga memainkan peranan yang sangat besar dalam pembangunan Malaysia. Banyak sumber yang digunakan untuk membina Malaysia contohnya melalui Petronas, sumber yang datang dari negeri kita,” katanya.

Anwar yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Ahli Parlimen Tambun hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara, Kuala Lumpur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan