Search
Close this search box.
Kenyataan media MCA mengenai Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto kredit MCA

Zahid Hamidi disaran berundur, perlu diganti dengan Tok Mat – MCA

KUALA LUMPUR, 23 Nov: MCA berpandangan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak lagi layak menjadi Pengerusi Barisan Nasional (BN) berikutan tular surat kepada Istana Negara yang bercanggah dengan pendirian gabungan politik itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon berkata, sehubungan itu mereka menggesa agar Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu melepaskan jawatan secara terhormat.

Sin Woon berkata, MCA mahu beliau digantikan oleh Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan seperti yang disarankan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi.

Baca artikel berkaitan >>>>> Tular surat didakwa dari Zahid kepada Agong

“Apa yang berlaku dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi, MCA dan parti-parti komponen BN telah mempersoalkan tindakan Ahmad Zahid yang dilihat secara jelas bercanggah dengan apa yang diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN.

“Pada mulanya beliau cuba menafikan mengenai surat itu, namun mengakuinya selepas salah seorang anggota Dewan Tertinggi BN mengemukakan bukti sahih,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Surat berkenaan ujar Sin Woon yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara jelas melanggar ketetapan Dewan Tertinggi BN.

“Dan dilihat mempersembahkan maklumat salah kepada Seri Paduka,”katanya.

Kata beliau MCA menegaskan isi kandungan surat bertarikh 22 November 2022 yang menggunakan kepala surat BN yang ditandatangani Ahmad Zahid Hamidi mengenai BN memberi sepenuh sokongan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 bukanlah keputusan yang dibuat secara konsensus dalam mesyuarat berkenaan.

“Sebaliknya, Dewan Tertinggi BN kekal dengan pendirian berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak buat masa ini,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan