Search
Close this search box.
Polis melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik setiap daerah di seluruh negara bermula semalam kata Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. Foto Faitullah Morni (TVS)

Polis laksanakan SJR di seluruh negara

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik setiap daerah di seluruh negara bermula semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, SJR berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha untuk mencegah jenayah melalui peningkatan tahap ‘omnipresence’ polis.

“Masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian kerana tahap keselamatan adalah terkawal,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, SJR itu merangkumi penugasan 24 jam.

“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan lalu lintas atau sekatan pada waktu puncak dan siang hari,” katanya.

Justeru, beliau menyeru agar orang ramai memberi kerjasama dalam mematuhi arahan ketika melalui SJR terutama pada waktu puncak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan