Search
Close this search box.
Penasihat Kursus Pendidikan Bahagian Pemasaran Kolej Sunway Kuching, Priscilla Simon
Penasihat Kursus Pendidikan Bahagian Pemasaran Kolej Sunway Kuching, Priscilla Simon.Foto: TVS

Kolej Sunway Kuching mahu tingkat jumlah akauntan, tawar biasiswa

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 23 Nov: Pelbagai program berkaitan bidang perakaunan ditawarkan di Kolej Sunway Kuching sebagai usaha meningkatkan jumlah akauntan bertauliah dalam kalangan Bumiputera di Sarawak.

Menurut Penasihat Kursus Pendidikan Bahagian Pemasaran Kolej Sunway Kuching, Priscilla Simon, biasiswa turut ditawarkan kepada mereka yang berminat dan berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran termasuk Sijil Kelayakan Profesional Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Malah, katanya, sijil ACCA yang ditawarkan di Kolej Sunway Kuching juga merupakan satu-satunya yang diiktiraf dan diluluskan ACCA Platinum di Sabah dan Sarawak.

“Kami menawarkan kursus akauntan sepenuh masa seperti ACCA-FIA (Program Asasi Perakaunan), Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Perniagaan dan Program Asasi Sastera manakala bagi kursus separuh masa termasuk ACCA Qualification, Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Perniagaan.

“Kelayakan ACCA merupakan badan perakaunan profesional global terbesar dan paling pesat berkembang di dunia, dengan lebih 219,000 ahli dan 527,000 pelajar serta diiktiraf di 179 negara,” katanya ketika ditemui TVS, baru-baru ini.

Kolej Sunway Kuching
Kolej Sunway Kuching.

Kata Priscilla lagi, Malaysia memerlukan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030 dan setakat 30 Julai tahun ini, hanya 38,000 ahli direkodkan.

Daripada jumlah itu, katanya, tidak lebih daripada 10 peratus adalah akauntan bertauliah Bumiputera.

Justeru, antara langkah yang diambil Kolej Sunway Kuching bagi meningkatkan jumlah penglibatan Bumiputera adalah dengan menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan juga Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Untuk pembiayaan kewangan daripada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan MARA, kelayakan minimum ialah memiliki ACCA (Program Asasi Perakaunan), diploma dan ijazah serta keutamaan dalam jurusan perakaunan atau kewangan boleh memohon pembiayaan kewangan ini.

“Mereka akan menanggung yuran pengajian, yuran ACCA profesional dan juga yuran peperiksaan,” ujarnya.

Priscilla menambah, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan MARA adalah dua entiti berbeza, oleh itu syarat kelayakan turut berbeza, tetapi orang ramai masih boleh memohon untuk kedua-duanya, jika ingin meneruskan untuk ACCA.

Untuk info lanjut mengenai skim biasiswa yang ditawarkan, individu yang berminat boleh menghubungi Priscilla Simon di nombor +60168897813 atau layari laman sesawang Kolej Sunway Kuching, www.swck.edu.my, MARA, www.mara.gov.my dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, yayasanpeneraju.com.my.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan