Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan. Foto: TVS

DUN Sarawak: Song perlukan institusi pendidikan seperti CENTEXS

ByAmirah Shawel

KUCHING, 23 Nov: Pembinaan institusi pendidikan seperti Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di kawasan Song memerlukan kira-kira 100 ekar tanah dengan anggaran kos awal sebanyak RM5 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan berkata, pembangunan pusat pendidikan berkenaan adalah untuk menyokong pendidikan dan kemahiran petani tempatan, seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.

“Pembinaan pusat ini adalah untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran kepada mereka sebagai salah satu langkah bagi mentransformasikan Sarawak kepada ekonomi yang berdaya saing (teras strategik ke-4),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasannya pada Persidangan Hari Ketiga Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19, hari ini.

Lidam menambah pembangunan Pusat Kecemerlangan Song adalah untuk mewujudkan platform pembangunan usahawan.

Katanya, institusi pendidikan itu akan dilengkapi dengan sambungan internet berkelajuan tinggi yang memenuhi permintaan terhadap idea produk, berita semasa tentang teknologi, latihan dan inovasi serta perkhidmatan pendaftaran perniagaan dan pemasaran perniagaan.

“Ia bertindak sebagai Pusat Rujukan Komuniti untuk merintis atau membuat prototaip projek mereka sebelum memasuki pengeluaran dan pasaran sebenar,” katanya.

Beliau berharap agar kurikulum yang ditetapkan oleh pihak CENTEXS adalah  bersesuaian dengan sosio ekonomi DUN Katibas.

Song perlukan Institusi Pendidikan seperti CENTEXS

Meskipun begitu, mengulas mengenai kemudahan telekomunikasi di kawasannya, Lidam berkata, setakat ini hanya tiga daripada 19 menara telekomunikasi yang telah siap dibina namun belum diisytiharkan, selain perkhidmatan internet yang sangat lemah di kawasan luar bandar.

Beliau menggesa pihak berkaitan untuk menyegerakan pembinaan menara telekomunikasi dan Menara SRBN/SMART. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan